Friday, April 23, 2010

SINOPSIS ADAMAYA

Posted by Aman

Slot Akasia TV3 Adamaya

by mohdisa on April 8, 2010

Slot Akasia TV3 Adamaya

Rasanya agak lama juga aku tidak menulis sesuatu mengenai dunia hiburan tanah air di blog kesayangan aku ini. Kali terakhir aku buat review filem lakonan The Rock iaitu Tooth Fairy. Kali ini aku ingin membawakan sebuah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang sudah memasuki episod yang ke-3 hari ini iaitu Adamaya.

Sebuah drama komedi romantik yang pasti mencuit hati korang semua dengan gandingan mantap gadis comel, Lisa Surihani dan Hussein Ruffedge yang mula disiarkan pada 6 April lalu, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Bagi yang belum menontonnya, korang bolehlah melayari TV3.com.my untuk menonton episod yang lepas-lepas.

Download Adamaya Akasia TV3
Adamaya sebuah drama moden yang diinspirasikan daripada sebuah filem popular I’m Not Single yang turut dibintangi oleh pelakon handalan lain seperti Faizal Yusop, Diana Amir, Dian P Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizudin, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana dan ramai lagi.

Drama yang mempunyai 23 episod ini diterbitkan oleh MIG Production Sdn. Bhd. Adamaya hasil nukilan istimewa Feroz Kader dan skripnya ditulis oleh Zarihah Hassan pasti menjadi pilihan seisi keluarga untuk ditonton sambil menjamu minum petang.

Sinopsis Adamaya:

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.

Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

Menarik bukan, tambah-tambahan lagi buat tatapan gadis-gadis comel. Tidak lupa juga, jejaka tampan yang meminati pelakon hot, Lisa Surihani. Jangan cuba-cuba nak tackle ya, buah hati aku tu. :)

0 Comments

Add A Comment